check-rental-demand-jika-beli-rumah-utk-pelaburan-hartanah

Check Rental Demand Jika Beli Rumah Utk Pelaburan Hartanah

Sebelum beli mana-mana hartanah, cuba check dulu “rental demand”nya. 

Bukan susah pun. Senang je. Antaranya:

1) Kalau tak nak buat banyak kerja, masuk portal hartanah (macam iProperty), dan cari iklan rumah sewa di kawasan hartanah anda nak beli tu.

Kalau tak banyak listing, maksudnya hartanah tu hot lah. Kalau ada banyak rumah yang tak dapat disewakan, baik jangan beli huhuhu…


2) Pergi ke kawasan hartanah anda nak beli tu. Tengok traffic flow kat sana. Ramai orang lalu lalang ke, kereta sampai double park ke, majoriti penduduk generasi muda ke dan lain-lain. Cuba cari ada tak iklan “RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA” di situ. Kalau tak ada, kereta banyak, orang ramai, then itu hartanah hot la tu.


3) Ni the best, tapi kena buat kerja sikit. Buat iklan olok-olok dalam portal hartanah (kat Mudah post iklan free je) dan tampal iklan di kawasan tersebut.

Make sure letak nama samaran (contoh: Kassim, sebenarnya nama anda Ali). Ni nak bagi senang untuk kenal. Kalau tetiba orang call cakap “Hello ni Kassim ke?”, anda tahu itu panggilan daripada orang yang berminat nak sewa “hartanah” anda.

Jangan la jawab “saya cuma test market je”, alang-alang orang dah call tu anda interview la sikit tanya dia kerja apa, asal mana dan lain-lain. Ini untuk anda kenal juga demografi penduduk yang tinggal di situ. Last sekali barulah anda bagitahu “maaf rumah tu dah pun disewakan” 😝 So, kalau ramai call, maknanya hartanah tu hot.

Senang cerita, buat je iklan konon-konon anda dah pun beli hartanah tu. Ok?


Minta tolong
SHARE “tips mahal” ni dengan rakan-rakan anda ya. 😅


Dari Pelabur Hartanah Real Punya Tanpa Gebang,

ABANGLID 😉

KURANG MODAL UNTUK MEMBELI RUMAH?

INI EBOOK HARTANAH YANG SAYA HIGHLY RECOMMEND!

Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Cara Beli Rumah Murah Banner 729 x 90

1 Comment

Leave A Response

* Denotes Required Field