bapak-susah-arr-nak-approved-loan-rumah-skunk

“Bapak Susah Arr Nak Approved Loan Rumah Skunk!”

Kikiki, sesekali pakai bahasa dak dak hipster @ hippies. Kui kui!

Dulu saya akui, dulu senang sikit. Now, makin susah. Betul, saya setuju dan dapat merasakannya, sebab loan saya sendiri banyak kali kena reject hahaha…

Member pinjam duit RM1,000 janji nak bayar bulan depan… sudahnya dah setahun tak bayar-bayar lagi. Huwaaa… :'(

Gitu jugalah dengan bank. Macam mana diorang nak konpiden yang anda akan bayar monthly tiap2 bulan selama 30 tahun? (atau lebih). Ia tempoh yang lama giler tu. By the time loan habis anda dah bercucu cicit woo! Betul?

Amaun pulak besar sampai 6 angka. Mana lah bank tak strict, ye tak?

Dari segi statistik, kadar “liat bayar hutang” negara ni masih lagi rendah. Yang membuatkan bank risau ialah keadaan ekonomi semasa DAN pasaran hartanah yang lembap.

Lepas bullish property market 2010 – 2013 pasaran hartanah tidak serancak dulu, sebab tu bank lebih berhati-hati. Banyak aspek bank akan nilai. Bukan anda sahaja, syarikat anda bekerja DAN developer yang buat projek tu pun mereka akan semak woo!

Tapi, jangan risau. Di pihak anda, anda kena yakinkan pihak bank melalui “steady & solid” income. Hutang jangan banyak la kalau nak apply loan, tapi income kena “berpadanan” dengan loan anda nak apply.

TIPS: RM100k = RM500/bulan kalau loan 30 tahun. So, kalau beli rumah RM200k, anggaran komitmen bulanan anda ialah RM1,000 lah. So, andaikan bank bagi max hutang 70% dari net income (lepas EPF & SOCSO), gaji around RM1,450 boleh dah lepas loan beli rumah tu kalau anda tak ada komitmen lain. [yang 70% max hutang (dipanggil Debt Servicing Ratio) tu depend pada bank yer].

Seeloknya, utamakanlah rumah dulu berbanding kereta orait. Rumah naik harga, kereta turun harga. Pasal apa? Pasal tanah makin kurang hehehe…

SHARE with your friends this info please? 🙂

Dari Pelabur Hartanah Real Punya Tanpa Gebang 😉

ABANGLID 😉

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK EBOOK YANG SAYA HIGHLY RECOMMEND

Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Cara Beli Rumah Murah Banner 729 x 90

2 Comments

Leave A Response

* Denotes Required Field